Showing posts with label PUISI. Show all posts
Showing posts with label PUISI. Show all posts

Tuesday, 15 November 2011

PUISI

RINDU


***


Rindu..
Mendengar desiran itu
Seakan membisikan sesuatu
Yang aku sendiri tak pasti
Adakah ia bertandang lagi

Rindu..
Membawa aku ke lembah itu
Kenangan segar mengusik kalbu
Mengimbau sejarah cinta bersatu
Antara kau dan aku

Rindu..
Nyata dan mimpi
Berlegar menggangu realiti
Berjalan menyelusuri duri
Aku sendiri.


***

Saturday, 17 September 2011

PUISI

HILANG
Oleh : Norasidah Wagiman

Cit cit cit cit
Ark ark ark ark
Rindu akan suara itu
Apabila mendendangkan lagu riang
Apabila berterbang mengelilingi alam
Apabila tersenyum melihat ciptaan Tuhan

Hutan dibunuh kejam
Bukit dijajah
Sungai mengalir lesu
Mengalirkan air mata darah
Dek kerana kerakusan gergasi-gergasi besi

Hilang rasa cinta
Hilang rasa kasih
Hilang rasa syukur
Yang ada hanya rasa bangga
Memiliki kertas-kertas bernilai

Mata hanya mampu melihat
Kerakusan bermaharaja
Hati hanya mampu merintih
Bak ditusuk panah berbisa

Angin sepi meniup dedaun
Hanya salam dapat dikirim
Merindu sungai zaman
Yang tak bisa dimiliki