Wednesday 28 December 2011

Antara AKU, DIA, & Dr. Normaliza .... =)

Alhamdulillah akhirnya berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan perkara baru dalam hidup ni sepanjang berada dalam Sem 5 dan Kelas Sastera Dalam Multimedia bersama-sama Dr. Normaliza Abd Rahim @Dr.Notts...

Pada mulanya macam takut-takut je nak masuk kelas dr.Notts,, mungkin sebab dr.Notts ni nampak garang kot,,tapi garang ke??? student yang dah pernah mengikuti kelas beliau je tau beliau garang or tak ... penilaian pada diri masing2...dr.Notts tak garang tapi beliau akan menjadi garang...hahaha...=)

Sepanjang mengikuti kelas BBK3408, banyak perkara baru yang dipelajari... dari seorang yang sebuta2  IT,,menjadi seorang yang secelik2 IT,,fuhhhh... bukan senang nak belajar tau...tapi kalau benda yang kita tak pernah or biasa buat,,,kalau dipraktikkan setiap masa,,benda tu akan menjadi satu kebiasaan dan akan jadi kekok kalau kita tak buat ... ehh apadah aku taip ayat belit2...paham2 jela...huhuhu

minggu pertama lagi kami telah di'warning' jangan masuk kelas lambat...ini juga satu arahan yang mendisiplinkan diri student BBK3408 khususnye.... banyak sangat pengalaman yang kami dapat rasa dari awal sehingga akhir kelas,,tak lupe juge kelas amali bersama2 Cik Hidayati,,tutor tuk klas kita...beliau pun banyak sangat mengajar kami cara2 nak buat kalendar menggunakan adobe photoshop..naseb baik kitorang diajar menggunakan adobe photoshop ni,,,kalau tak,,sampai ke taun 2020 pun masih tak pandai nak mengedit gambar2...pasni bole la masing2 design kad jemputan sendiri,,HAHAHA !

sepanjang berada dalam sem 5 ni,,rasa banyak da belajar cara2 nak buat video,,edit dalam movie maker,,masukkan dalam youtube,,masukkan dalam blog,,buat website sendiri,,jadi paparazzi,,,jadi penari,,jadi pelakon,,,yang jadi pelawak pun ade,,,,,kiranya sume yang dibuat adalah perkara yang baru bagi kami...biasenya perkara2 yang baru ni buat kami lebih excited nak lakukannya....normal la,,manusia sukakan perkara yang baru dalam hidup,,kalau tak,,tak meriah la hidup kalau buat benda yang sama je setiap hari.... kan kan kan ???

tapi kadang2 tension gak,,setiap minggu keje melambak2,,jenis kita ni student yang suke wat keja last minute,,haa hamekk kauuu... jenuh gak la nak siapkan keja yang melambak dalam satu mase,,,sape suruhkan ??? huhu......tapi walaupun wat keja last minute,,,cam mane banyak pun tetap siap gak,,sebab tak tido malam,,memang la bole siap,,sok paginye masing2 jadi KUNGFU PANDA sebab mate ade lingkaran hitam...hahaha...

tapi best ape...best campun tension,,best la gak..huhuhu....dapat gaduh2 dengan member,,tapi takde la pulak sampai tarik2 rambut...ingatkan budak2 kecik je tau gaduh ea bile bermain,,,ni kita orang dewasa gaduh bile buat kerja...huhu...sampai tak bertegur...tapi sume tu kejap je,,,mane bole tak bertegur kawan,,da tu je kawan yang kita ada n yang memahami kita,,kirenye gaduh2 sayang la....pengalaman sume tu,,kalau tak,,kita tak tahu sejauh mana kebolehan masing2 dalam menguruskan keja yang diberi..kan......

bukan senang bekerja dalam satu kumpulan ni,,,nak2 kalau bukan yang sebulu dengan kita,,,bukan sekepala dengan kita.....tapi macam mana tak sebulu or tak sekepala,,,kena buat apa yang dah diarahkan gak,,kalau tak markah kumpulan yang terjejas la....pedulikan pasal nak gaduh ke,,nak mengganyang ke,,yang penting keja settle !

Apa2 yang da berlaku,,adalah satu pengalaman manis bagi kami semua sebab apa yang kita da belajar sama2,,gaduh sama2,,sume tu perkara yang mematangkan kita,,makin menguatkan perhubungan kita,, merapatkan silaturahim sesama kita n kita dapat belajar sesuatu yang baru yang amat berguna untuk masa depan kita semua....

terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr.Normaliza Abd Rahim a.k.a Dr.Notts kerana telah banyak memberi peluang dan kepercayaan kepada kami semua untuk melakukan tugasan yang diberikan dengan cara apa sekali pun......kami tau Dr.Notts tak pernah mengikat kami dengan tugasan yang diberikan malah Dr.Notts bagi kami kebebasan buat tugasan dengan cara kami tersendiri...sebab kalau tugasan yang diberikan  terikan dengan syarat2 yang diberikan juga,,,jawabnya video setiap ahli kumpulan sama je,,tak menarik dan tentulah membosankan......

bagi yang tak mengambil mengambil lagi subjek BBK3408 ni,,kalau rase2 nak ambil memang dialu-alukan sebab banyak benda yang boleh kita pelajari,,memang tak rugi,,,,tapi bersiap sedialah dengan tugasan yang akan diberikan,,,banyaknya seperti tingginya pokok2 durian di hadapan KOLEJ 13...hahahaha...tak tinggi mane pun kan.....

#nak kenal Dr.Normaliza a.k.a Dr.Notts dengan lebih terperinci lagi??? silelah klik pada link ini,,, http://aammwa.blogspot.com ~


*rasenya lepas nih dah bole tersenyum sedikit sebab dah nak abis sem 5 dan tinggal jawab exam je,,tak perlu nak buat asgment banyak2 lagi,,,ahahahha...


Tuesday 20 December 2011

~H.A.P.P.Y ~

hihihi...

rase semakin hari semakin gumbira !

sepatutnya aku layak untuk dapat kegembiraan dari dulu lagi...

mungkin dulu aku tak sedar lagi,,,tak nampak mane yang betul,,,mane yang salah...

tapi sekarang alhamdulillah,,,mungkin berkat dari ikut kata MAK&AYAH...

biasenye MAK&AYAH lebih tau ape yang terbaik untuk anak-anak mereka...

terima kasih MAK,,terima kasih AYAH.....

tanpa mereka,,mungkin aku dah tersesat jauh ...T_T



Lurve,
nora...

Sunday 18 December 2011

Ita,,Cda,, & Melody Idol @MINES 2 ~

sabtu semalam aku dan ita menjadi penyorak @pompomgurlz kepada cousin terchinta yang menyertai Melody Idol yang dianjurkan oleh pihak Mines 2... kami jerit sakan kononnya nak beri sokongan padahal dah lame tak menjerit kuat2..huhu

kiranya itu adalah aktiviti yang kami lakukan untuk melepaskan tension...tension??!!..tension ke?? hahah...tension lah kot.... :p


ika mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tu..syukurla,,dapat jugak nombor dari beratus2 orang yang menyertai pada mulanya....tapi ade ckit ketidakpuasan hati,,patutnya die boleh dapat no 2,,tapi ade la sorang hamba Allah tu,,nyanyi dan membuat aksi2 yang menarik pihak juri terpikat..tapi mungkin sepatutnya aksi2 sebegitu tidak manis dipertontonkan dikhalayak umum...tapi nak buat camnekan,,da rezki die yang dapat no 2,,tak ape lahhhhh....

ini rakaman saat2 manis buat IKA @cousin terchinta !


ita tertidur setelah kenyang melantak takoyaki..huhu

meme sedakkk.. :p

barisan peserta..



ika dapat no 2.. :)

abang yang dapat no 1..


yang ujung sebelah juri tu akak yg dapat no 2..

bergambar bersama para juri.. :)

ika wif mama n tisya...





sugar glider ika yg comel,,name die boboi boy...:)

comel x die tuu ??? huhu..


Teater Kanank-Kanak "DAHLIA DI ALAM MAGIKA"

Hari jumaat lepas kami dari kumpulan seni lakon telah mengadakan satu pementasan teater kanak-kanak yang bertajuk "Dahlia Di Alam Magika" di Rumah Anak Yatim Peribadi Mulia yang terletak di Kajang.

adik2 di sana telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada kami, begitu juga dengan pihak pengurusan. kami berada di sana selama 3jam iaitu dari jam 8pg hingga 11pg. walaupun ia satu jangka masa yang amat singkat, tetapi warga di sana mudah mesra dan amat mengalu-alukan kedatangan kami..



kami juga sempat merakam saat-saat manis bersama adik-adik di sana,yang pastinya mereka kelihatan sangat gembira dan senang dengan kehadiran kami...










inilah pertama kali bagi saya mengadakan program sebegini di rumah anak-anak yatim.. pada mulanya rasa sayu melihat anak-anak kecil yang tidak sempat untuk mendapat kasih sayang ibu dan ayah.. saya sangat2 bersyukur kerana masih lagi berpeluang untuk mendapatkan kasih sayang daripada kedua ibu dan ayah..ini adalah pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup....


*saya sayang mak&ayah...T_T

Monday 12 December 2011

Telur Ayam Berdiri Tegak Semasa Gerhana Bulan !


Ianya berlaku kesan daripada kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan sewaktu gerhana yang menyebabkan wujudnya tarikan graviti ke ke atas.Dalam keadaan ini, putih telur dikatakan tertarik ke bahagian atas manakala kuning telur yang sedikit berat berada di bahagian bawah sekaligus mewujudkan keseimbangan.
Prinsip yang sama juga berlaku kepada kejadian pasang surut air laut.Jika dalam keadaan gerhana, di mana bumi, bulan dan matahari berada di dalam satu garisan,maka akan berlakulah “air pasang perbani” atau disebut juga air pasang besar..

Saturday 10 December 2011

"MISI" kami ... =)

video yang seretusnye ni mengisahkan "misi" yang kami jalankan apabila tiba waktu bosan dan tension .. huhu



saksikanlah ~

Wednesday 7 December 2011

~Laman Weebly Ku~

alhamdulillah...


siap pun akhirnya tugasan kelas amali...
dan semalam merupakan hari terakhir kelas amali kami...
banyak yang aku dapat belajar dalam kelas tu...
rase seronok sangat2...heeee ... =)
terima kasih banyak2 kepada cik nurhidayati kerana sabar melayan telatah & kerenah ANAK2 BESAR ini...
sekian~


*link weebly saya :
http://lembayungsastera.weebly.com/


***************************************

Sunday 4 December 2011

MUHASABAH DIRI !

berMUHASABAH diri...

perkara yang paling jarang orang lakukan...

biasenye dilakukan apabila berada dalam kesusahan dan dalam keadaan yang tersepit...

adakah aku tergolong dalam 'kumpulan orang-orang yang lalai' itu?????????

betapa lalainya aku ??!!!!!

maafkan aku ........ =="