Friday 23 September 2011

Suatu Detik Itu ... jeng jeng jeng ~

Langit tak selalunya cerah ,, kadang2 mendung datang menjengah .. Sama juga dalam kehidupan kita .. tak selalunya indah ,, kadang2 terselit dukanya walaupun tak terlihat pada zahirnya ..

Begitu juga yang berlaku dalam kehidupan aku .. kadang2 pengalaman banyak mengajar kita tentang erti kehidupan .. mengajar aku erti sabar dan tabah .. berani menerima hakikat walaupun terlalu pahit untuk ditelan..

Banyak sebenarnya pengalaman pahit manis yang pernah aku lalui ... tapi yang paling terkesan dalam diri apabila pertama kali eksiden ,, eksiden antara 3 buah kereta di simpang empat ,, kejadian memang sangat pantas dan aku tak perasan pun bila masa la yang kepala aku bole terhantuk kat cermin hadapan kereta ,, berlaku pada 1 Julai 2011 lebih kurang dalam pukul 10 malam .. melibatkan 3 buah kereta ,, aku menaiki kereta yang dipandu oleh cousin kesayangan aku (hahaha) yang berada dijalan utama .. apabila tiba dipersimpangan yang berhampiran dengan sekolah ,, tiba2 kereta dari arah kanan tidak berhenti dan terus melanggar kereta yang dipandu oleh cousin aku di tengah2 persimpangan dan menyebabkan kereta kami berpusing ke arah kiri dan menghentam kereta yang berada di sebelah kiri pula ..

aku yang terkejut terus keluar mengikut pintu belakang kerana pintuku telah dihimpit oleh kereta yang berada di sebelah kiri tadi ... dalam kejadian yang mencemaskan tu ,, aku tak perasan yang kepala ku dah berdarah...aku da tak tahu apa jadi selepas tu sebab keadaan sekeliling terlalu ramai orang yang berkumpul .. lepas dalam 10 minit ,, ambulans pun datang ,, naek la pulak ambulans .. ehmm ,, first time naek ambulans tuu .......

setelah diperiksa ,, ada serpihan2 kaca tertusuk didahi dan sedikit di bahagian kepala serta luka terkoyak sedikit di bahagian kening kanan ,, terpaksa la dijahit ... sakettttt ...... rambut pulak terpaksa dicukur sedikit di bahagian umbun2 sebab sukar untuk mengeluarkan serpihan kaca dan mudah untuk dicuci ... da macam orang2 dalam zaman dinasti Han pulak .. huhuhu ... tapi tak apa la ,, semuanya aku da tak kisah asalkan serpihan2 kaca mudah untuk dikeluarkan ... dalam masa sebulan ,, masih ada lagi serpihan2 kaca yang aku jumpa di bahagian umbun2 .. terpaksa la keluarkan sendiri dengan berdiri di depan cermin ... kesian x ??? huhuhu ... nak mandi pun suruh mak yang cucikan rambut sebab tak boleh nak cuci sendiri .. *thanks mak ,,, love u forever .....

sampai saat ni ,, aku masih lagi teringat & trauma .. walaupun eksiden tu tak seteruk mana ,, tapi meninggalkan kesan yang tersangat dalam bagi aku ... sekarang aku takut pada kelajuan , lagi2 apabila duduk di sebelah driver ...

mungkin aku boleh memberi sedikit peringatan kepada pemandu2 tak kiralah anda memandu kenderaan jenis apapun ,, berhati2lah semasa memandu .. ingatlah orang yang tersayang ...
*pesanan penaja ini dibawakan khas oleh Norasidah Wagiman ... peace .. =)

ada sedikit gambar yang aku ambil selepas kejadian ... bagi yang nak tengok bole tengok ,, tapi bagi yang 'geli' tengok luka aku kat bawah ni sila la tutup mata ye(ayat tak boleh belah) ... huhuhu ..

Keadaan kereta kesayangan cousin aku ... kereta ni sebenarnye baru 6 bulan kuar ,, da eksiden ,, tragis betoi lah ....

kesian cik pinky kan ....

airbag pun tak dapat nak selamatkan muka aku sebab semasa eksiden kereta berpusing dan terus terhentak dibahagian tepi ...

remuk renyuk macam baju bole lipat2  ...


Ni pulak gambar muka aku yang tak berapa nak jadi ... :p
Hari petama .. mata masih lebam , kesan dari ubat bius,kena jahit,& menangis tak berhenti .. huhu

Hari kedua ,, da boleh tersenyum sebab da kurang sakit ..

Hari ketiga ,, yang ni paling tak bole blah sebab aku bukak sendiri tampalan yang ade kat dahi tu ,, sakit sebab kapas tu da melekat kat daging yang terdedah tu ... lepas je bukak terus pening & muntah sebab tak tahan sakit sangat3 ,, seminggu mata aku jadi macam mata KUNGFU PANDA ... =(

Hari yang seterusnya(tak hingat ari yang keberapa) , da boleh tersenyum .. masa ni belum bukak jahitan yang kat kening tu lagi .. tapi syukurla da tak rasa saket lagi ... =)

 p/s : kepada anda semua yang berada diluar sane ,, hati2 ketika memandu ,, lagi2 kalau bawak orang yang tersayang .. sayangilah nyawa anda ... yang aku kena ni baru sikit ... naseb baek ... kalau naseb tak baek??  wallahualam ......





No comments: